Tuesday, 11 February 2014

Melancong ke Sabah

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi pengalaman mengenai negeri Sabah. Seperti yang kita maklum Sabah mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, budaya dan masyarakat di dini juga berbeza dengan Semenanjung Malaysia. Memandangkan saya belajar di Sabah selama 3 tahun jadi tahu la juga serba sedikit mengenai tempat-tempat menarik di Sabah. Memandangkan Sabah merupakan negeri yang luas, maka perjalanan perlu dirancang dengan baik supaya tidak membazir masa kita.
Antara tempat-tempat menarik di Sabah untuk dilawati ialah:
1.       Pulau-pulau (Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi)
2.       Kundasang (Kinabalu Park, Memorial War Park, Ladang Lembu, Ladang Teh, Tagal Kg.Luanti, Kolam Air Panas Poring)
3.       Rumah Terbalik di Tamparuli
4.       Tip of Borneo (di Kudat)
5.       Pantai Tanjung Aru
6.       Sandakan (boleh tengok Orang Utan di Sepilok, di Sukau boleh tengok gajah)
7.       Semporna (anda boleh melawat ke Pulau Mabul, Sipadan atau Kapalai)

Kat bawah ni adalah sebahagian gambar tempat-tempat yang saya lawati
  


Di Pulau Mamutik


Masa baru sampai di jeti pulau. Pemandangan sangat cantik dan aktiviti snorkelling, berjemur, mandi manda adalah agenda utama kitorang kat sini 

Gunung Kinabalu tersergam indah, cantik kan. Hari tu memang rezeki sampai di Kundasang dapat tengok gunung ni.



Sekian dulu entry kali ni. Lepas ni saya akan kongsi banyak lagi tentang Sabah dan tempat-tempat best kat sini.